top of page

Visi JPK

​

Pendidikan Berkualiti Menjana Kecemerlangan Murid Berkeperluan Khas selaras dengan Sistem Pendidikan Kebangsaan.

​

Misi JPK

​

Membangunkan modal insan murid berkeperluan khas yang cemerlang berasaskan sistem pendidikan yang berkualiti relevan dan holistik, perkembangan potensi diri ke tahap optimum, keupayaan berdaya saing dan kebolehpasaran, nilai-nilai murni sebagai warganegara yang bertanggungjawab dan perkongsian pintar dengan pelbagai pihak.

​

Fungsi Jabatan Pendidikan Khas

​

Menguruskan pelaksanaan kursus-kursus yang berkaitan dengan Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran dan Pendidikan Pemulihan di peringkat PISMP secara sepenuh masa atau secara dalam talian merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan amalan profesionalisme  bagi bidang-bidang di bawah Jabatan Pendidikan Khas. Meningkatkan tahap keilmuan dan profesionalisme pensyarah melalui program lawatan, kolaborasi dengan pelbagai agensi, seminar, bengkel dan latihan perkembangan serta kemajuan staf. Memberi khidmat kepakaran dalam bidang berkaitan kepada para pensyarah di IPGK, guru-guru Pendidikan Pemulihan dan Pendidikan Khas sama ada pada peringkat sekolah, daerah dan negeri. Mewujudkan jaringan profesionalisme dengan agensi luar berkaitan kurikulum di bawah Jabatan Pendidikan Khas.

JPK IPG Kampus Darulaman


info@mysite.com

Tel: 04-9148300
Fax: 04-9175492

bottom of page